Khamis, 31 Disember 2009

GERHANA BULAN

Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat Gerhana Bulan : iaitu solat sunat yang dilakukan apabila berlakunya gerhana bulan. Samada ianya gerhana sedikit, separuh atau gerhana penun, untuk beberapa saat atau beberapa ketika yang lama.

Waktu melakukan solat gerhana bulan ialah apabila berlakunya gerhana itu sehingga hilang sepenuhnya. Atau sehingga bulan nampak sempurna kembali. Gerhana bulan terjadi apabila Bumi menghalang bulan daripada mendapatkan cahaya pantulannya daripada matahari, samada secara penuh atau sdikit. Gambaran di bawah menunjukkan gerhana bulan penuh kerana bumi menghalang sepenuhnya cahara matahari daripada terpancar kepermukaan bulan.








Cara melakukannya

Cara pertama : solat dua rakaat sebagaimana solat-solat sunat biasa, boleh dilakukan secara perseorangan atau secara berjamaah. Yang afdhalnya dilakukan secara berjamaah.

Cara Kedua : Solat dua rakaat dengan empat kali rukuk, empat kali sujud, iaitu pada rakaat pertama, selepas membaca al-fatihah, rukuk dan iktidal kemudian disambung dengan membaca al-Fatihah sekali lagi, kemudian rukuk kali kedua dan iktidal lalu disambung dengan dua sujud untuk menyempurnakan rakaat pertama. Begitu halnya apabila melakukan rakaat kedua sehingga salam.

Dengan demikian, solat gerhana bulan itu semuanya ada 4 rukuk, 4 al-Fatihah, 4 sujud dan satu salam.

Bacaan al-Fatihah dan surah pada solat gerhana bulan dinyaringkan. Hal ini berbeza dengan solat gerhana matahari yang hanya disunatkan memperlahankan bacaan surahnya dan disunatkan membaca surah-surah yang panjang.

Niat Solat Gerhana Bulan


Sabtu, 26 Disember 2009

perjalananjauh

perjalananjauh: Dimanakah Anda...!! Dan Bersama Siapa?#links

PERJALANAN JAUH: Dimanakah Anda...!! Dan Bersama Siapa?#links

ISTILAH 'AKIDAH UMNO' //Blog Tok Guru : Dimanakah Anda...!! Dan Bersama Siapa?#links

PERJALANAN JAUH: Dimanakah Anda...!! Dan Bersama Siapa?#links

PERJALANAN JAUH: Dimanakah Anda...!! Dan Bersama Siapa?#links

Lautan Dalam


Orang Berfikir




Dimanakah Anda...!! Dan Bersama Siapa?

Islam penyelamat negara dan rakyat

1. Negara semakin rumit dan rencam untuk ditadbir dan rakyat kian sukar dan sulit untuk diurus tatkala berdepan dengan cabaran baru yang nyata komplek dan kusut .

2. Politik bergolak , ekonomi menjunam dan sosial membarah antara realiti konflik yang terpaksa didepani oleh negara dan rakyat dewasa ini .

3. Hari ini para politikus , pakar ekonomi dan aktivis sosial antara manusia paling sibuk di atas muka bumi . Mereka berfikir , bekerja dan merumus bagi menghasilkan formula pemuliharaan negara dan rakyat yang kini terancam ketenangan dan kesejahteraan hidup mereka lantaran konflik yang dihadapi . Tidak sedikit , masa , tenaga dan wang ringgit yang dilaburkan untuk tujuan tersebut . Malangnya , sehingga kini semua kaedah dan teori yang dipakai seperti gagal menghasilkan formula berkesan bagi mengatasi kemelut ummah .

4. Saya melihat kegagalan itu berpunca dari sikap degil dan babil sebahagian manusia untuk kembali berpaut pada asas dan sumber tulen dari ajaran wahyu yang merumus formula langit untuk sebuah penyelesaian abadi . Terpengaruh dengan elemen dalaman jiwa sebahagian insan yang ego dan angkuh lalu menolak mentah pelan penyelesaian yang digaris oleh al quran dan sunnah .

5. Sedang Islam adalah agama yang diutus oleh Allah swt sebagai Minhaajul Hayah [ cara hidup ] atau way of life . Ianya menepati sebuah manual yang didokumenkan sebagai satu deklarasi hidup untuk memimpin serta membimbing ummat manusia membina tamaddun dan peradaban mereka . Justeru Islam diutus oleh Tuhan yang mencipta manusia dan segala pra sarana yang menjadi keperluan manusia untuk hidup [ maka Ia lah Tuhan yang berauthoriti untuk menentu arah tuju dan peraturan hidup manusia yang diciptanya ] .

6. Umumnya manusia memerlukan kehidupan . Biarpun kematian terus meningkatkan statistik angkanya [ lantaran turut menjadi mangsa konflik serta krisis kehidupan ] , yang masih hidup dan bakal lahir memerlukan kehidupan dan merencana untuk hidup . Manusia akan bertarung , bersabung dan berjuang dengan segala sisa keupayaan yang ada pada mereka untuk sebuah kehidupan . Jelasnya kehidupan adalah sebuah perjuangan jua, tidak mungkin manusia hidup tanpanya .

7. Namun begitu , erti hidup hanyalah pada kesejahteraan dan kebahagiaan , ketenangan dan kedamaian , kegembiraan dan kejayaan . Tiada erti bagi hidup yang diselubungi penderitaan dan kesengsaraan , kesedihan dan kekecewaan , kegagalan dan kemusnahan . Sungguhpun mereka hidup , tetapi hidup yang tiada makna dan tidak bererti . Terdapat jua insan yang enggan memaknai atau menghargai kehidupan mereka lalu menjerumuskan diri mereka ke lembah binasa .

8. Islam diutus sebagai pedoman untuk memberi makna , erti dan nilai pada kehidupan yang dianugerah ini . Islam dikirim sebagai petunjuk untuk mewarnai kehidupan dan memberi cahaya yang membebaskan manusia dari perangkap kegelapan . Islam adalah cara hidup yang sesuai di semua tempat dan masa serta keadaan dan zaman .

9. Ketika berhadapan dengan An Najasyi [ Raja Habsyah ] , Jaafar bin Abi Talib sewaktu berhujjah bagi memberikan penjelasan mengenai Islam yang diragui kebenaran dan peranannya oleh Najasyi dan pembesarnya telah berkata : [ bagi memberi gambaran jelas tentang Islam dan peranannya ]

Wahai Raja , Kami dulunya adalah orang - orang jahiliyyah . Kami menyembah berhala , kami memakan bangkai , kami berzina , kami memutuskan silaturrahim , kami menyakiti jiran , yang kuat dikalangan kami menindas yang lemah , begitulah keadaan kami sehingga Allah swt mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari kalangan kami . Kami kenal keturunannya , kebenaran risalahnya , kejujuran dan ketinggian budi pekertinya .

Ia telah mengajak kami kembali kepada Allah swt supaya kami mentauhidkan dan mengabdikan diri kepadanya [ tidak menyekutukannya ] , memisahkan kami dari apa yang kami dan datuk nenek moyang kami sembah sebelum ini yang terdiri dari batu dan berhala .

Ia menyuruh kami supaya bercakap benar , menunai amanah , menghubung silaturrahim , berbuat baik terhadap jiran tetangga , berhenti dari melakukan jenayah dan menumpah darah serta melarang kami dari melakukan zina , bercakap kotor , makan harta anak yatim dan melempar tuduhan / fitnah kepada wanita yang baik .

Ia menyuruh kami mengabdikan diri kepada Allah swt Tuhan yang Maha Esa tanpa menyengutukannya dengan sesuatu pun . Ia menyuruh kami mendirikan sembahyang , membayar zakat dan berpuasa [ Jaafar menyebut beberapa perkara yang terkandung di dalam rukun Islam ] , maka kami membenarkannya dan kami beriman kepadanya . Kami melaksanakan apa yang dibawanya daripada Allah swt .

10. Islam bukan sebagaimana yang digambarkan oleh Amerika dan golongan orientalis . Ekstrim dan terrorist , melampau dan mencetuskan huru hara . Sempit dan prejudis , ketinggalan zaman dan anti pembangunan . Ini semua adalah fitnah dan momokan yang tidak berasas pula berniat jahat terhadap Islam . Ini juga adalah perang saraf pihak musuh yang terus menyimpan dendam kesumat dan hasad dengki terhadap Islam .



Quran Explorer - [Sura : 2, Verse : 1 - 286]

Khamis, 24 Disember 2009

,"Ini halal dan itu haram"

Janganlah kamu berani mengatakan yang bukan-bukan, sebagaimana yang diucapkan oleh mulutmu,"Ini halal dan itu haram" untuk membuat-buat sesuatu kebohongan terhadap Allah (Jangan kamu katakan sesuatu benda itu haram kalau tidak ada keterangan dari Allah). Sebab orang-orang yang membuat-buat kebohongan terhadap Allah itu, tidak akan berhasil usahanya.(116) AL-NAHL




Kitab ini, di dalamnya tidak ada hal-hal yang diragukan, sebagai kitab tuntunan bagi mereka yang bertakwa. (2) AL-BAQARAH