Surat AL-FATIHAH (7 ayat) Diwahyukan di Mekkah
سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢
Segala puji bagi ALLAH Pengatur alam semesta.
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤
Yang berkuasa di hari pembalasan.
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦
Pimpin kami ke jalan yang lurus
صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧
Jalan orang-orang yang telah mendapat kurnia-Nya, bukan jalan orang-orang yang mendapat murka-Mu dan bukan jalan orang-orang yang tersesat.
Pengertian:
1) Ertinya : saya memulai membaca Al-Fatihah ini dengan nama ALLAH. Tiap-tiap pekerjaan yang baik itu hendaknay dimulai dengan menyebut nama ALLAH, seperti makan, minim dan menyembelih binatang, dan sebagainya. Allah adalah nama Dzat Yang Maha Suci, yang berhak untuk disembah dengan sebenar-benarnya.Ar-Rahman (Maha Pengasih) salah satu daripada nama ALLAH, yang memberi pengertian bahawa ALLAH selalu melimpahkan kurnia-Nya kepada para makluk-Nya, sedangkan Al-Rahim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahawa ALLAH sentiasa bersifat rahmat, kerana ALLAH selalu melimpahkan rahnat-Nya kepada makluk-Nya.
2) Alhamdu (segala puji) Memuji orang kerana perbuatannya yang baik dan dengan kemahuannya sendiri. Maka memuji ALLAH berarti menyanjungi-Nya kerana perbuatan-Nya yang baik. Lain halnya dengan syukur yang berarti mengakui keutamaan seseorang terhadap nikmat yang diberikan-Nya. Kita menghadapkan segala puji kepada ALLAH ialah kerana ALLAH adalah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.
3) Menunjukkan keesaan ALLAH. Rabb (Tuhan) berarti Tuhan yang ditaati, Yang Memiliki, Mendidik dan Memelihara. Kata "rabb" hanya boleh dipergunakan untuk ALLAH, dan di dalam hal lain boleh dipakai kalau ada sambungannya, seperti "rabbul bait"(tuan rumah).
4) Yaumiddin (hari pembalasan) hari yang waktunya manusia masing-masing menerima pembalasan amalan yang baik maupun yang buruk. Yaumiddin juga disebut yaumul qiyamah, yaumul hisab, yaumul jaza' dan sebagainya.
5) Na budu berasal daripada kata "ibadah" yang ertinya patuh dan tunduk yang timbul dari perasaan akan kebesaran ALLAH, sebagai Tuhan yang disembah, kerana yakin bahawa ALLAH mempunyai kekuasaan yang mutlak terhadapnya.
Nasta'in berasal daripada kata "isti'anah" ertinay minta pertolongan. Kita menharapkan bantuan hanya kepada ALLAH dalam menyelesaikan pekerjaan yang tidak sanggup kita selesaikan dengan tenaga sendiri.
6) Yang dimaksudkan dengan ayat ini bukan saja sekedar memberi pimpinan, tetapi juga memberi taufik.
7) Mereka yang dimurkai dan sesat yang dimaksudkan dalam ayat ini iaitu semua golongan yang menyimpang dari ajaran islam. Untuk mengetahui golongan-golongan yang tersebut dapat dibaca pada sejarah dan kitab-kitab umat-umat zaman dahulu.
PENUTUP
Surat ini turun di Makkah dan di Madinah
Al-Qur'an diturunkan dengan beransur-ansur mengikut kepentingannya dan sebab-sebab yang ada kaitannya dengan peristiwa turunnya. Ada yang turun di Makkah, yang disebut surat Makkiyah dan ada yang diturun di Madinah, yang disebut surat Madaniyah. Masing-masing itu ada tanda-tandanya yang khusus.
Surat Makkiyah menerangkan pokok-pokok agama, seperti iman kepada ALLAH, hari kemudian, dasar-dasar pembangunan mental, dan lain-lain.
Surat Madaniyah , kebanyakan menerangkan perihal masyarakat, hukum-hukum ibadah, hukum-hukum sipil, hukum-hukum dalam keadaan bahaya perang dan dalam masa damai, dan pokok-pokok undang-undang Pememrintahan secara luas.