Rabu, 25 November 2009

AL-FATIHAH (Pembukaan)

Mukadimah

Surat "Al-Fatihah" (pembukaan) yang diturunkan di Mekah yang terdiri atas 7 ayat itu adalah surat yang pertama diturunkan dengan lengkap dan termasuk golongan Surat Makkiyah.

Surat ini disebut "Al-Fatihah"(Pembukaan) kerana dengan surat inilah dibuka dan dimulainya Al-Qur'an. Dinamakan "Ummul Qur'an"(induk Al-Qur'an) atau "Ummul Kitab"(induk Al Kitab) kerana dia merupakan induk bagi semua isi AL-Qur'an, serta menjadi intisari dari kandungan Al-Qur'an, dan kerana itu diwajib membacanya pada tiap-tiap sembahyang.

Surat itu, dinamakan pula "As Sab'ul matsani"(tujuh yang berulang-ulang) kerana ayatnya tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam sembahyang.

Surat ini mengandung beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh isi Al-Qur'an, iaitu:

1. Keimanan
2. Norma-norma hukum
3. Kisah-kisah

Sekalian perincian terdapat dalam surat Al-Fatihah dengan Lengkap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan